Program Santai Bersama Pemuda Parit

Program Santai Bersama Pemuda

Malam tadi Sabtu 25 Julai DPPK Parit telah menganjurkan Program Santai Bersama Pemuda di Tepian Sg. Perak , Kota Pagar Layang Kanan. Program bermula pada pukul 3.00 ptg dan pada sebelah petangnya dimulai dengan acara sukaneka. Selepas magrib majlis diteruskan dengan Taujihat daripada Ust. Ismi, TYDP Kaw. Parit dan Ust. Akmal, Ketua Penerangan Pemuda Perak.

Dalam Penyampaian Ust. Akmal menjelaskan tentang mobilasi himpunan 1 dan 2 Ogos nanti. Iaitu Himpunan Mansuh ISA dan Himpunan Pemuda Perak di Bagan Serai. Selain itu Ust. Akmal sekali lagi menegaskan betapa peri pentingnya kita terus berada dalam saf-saf perjuangan yang berwadah PAS. Ini adalah kerana PAS adalah satu-satunya Parti Islam yang secara jelas membawa wadah perjuan Islam yang syumul.

Manakala Ust. Ismi menegaskan tentang peri pentingnya ekonomi umat Islam. Dimana dalam Al-Quran Allah menyatakan bahawa tidakkah mahu kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang akan memberi keuntungan kepada kamu di dunia mahupun diakhirat. Itulah dia perjuangan menegakkan Islam.

Selepas solat Isyak para peserta menjamu selera dengan lauk yang begitu menyelerakan. Ikan bakar dan kari daging. Acara diteruskan dengan satu sukan yang tidak pernah lagi dilakukan sebelum ini. iaitu permainan bola api. Kebal-kebal betul pemuda PAS Parit. Pada ke esokannya majlis diteruskan dengan sukan Pasti peringkat Kawasan.

0 ulasan: