HIMPUNAN PEMUDA PAS PERAK; ‘1 HITAM PERAK’

Kenyataan Media Pemuda PAS Perak (30 Julai 2009)

Himpunan ini juga selain persediaan kearah penyusunan jentera pilihan raya pemuda adalah untuk memantapkan organisasi pemuda seluruh negeri. Tema himpunan kali ini adalah baju hitam oleh semua hadirin yang hadir. Sasaran peserta adalah pemuda PAS seluruh negeri yang cintakan demokrasi dan yang ingin menegakkan keadilan untuk rakyat seluruhnya.

Program akan dipenuhi dengan pidato-pidato oleh pimpinan yang terdiri diantaranya ialah Ustaz Haji Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak; Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; Ustaz Haji Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dan YB Haji Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Manakala mula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang adalah program khas bersama pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada sebelah malamnya akan diadakan ceramah di empat zon yang telah ditetapkan iaitu Larut, Sungai Siput (U), Lumut dan Tanjung Malim. Penceramah-penceramahnya terdiri daripada pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga negeri.

Oleh yang demikian, DPPN Pk menjemput dan menyeru seluruh pemuda PAS dan penyokong PAS untuk hadir beramai-ramai di dalam program tersebut.

SALMAN HAJI SALEH
Pengarah Jawatankuasa Himpunan Pemuda PAS Perak,
Merangkap Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Di Hantar Pemuda pada 12:11 PM 0 komen

Semua dijemput ke 'Himpunan Bubar Dun Perak' pada 2 Ogos

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Sempena memperingati kemelut pencabulan demokrasi di Perak, Pemuda PAS Perak akan mengadakan satu program Himpunan Pemuda PAS Perak bertemakan '1 Hitam Perak-Bubarkan Dun Perak'.

Program tersebut akan diadakan pada 2 Ogos, jam 11 pagi sehingga 4 petang di Markas PAS Kawasan Bagan Serai.

Antara pimpinan yang bakal menyampaikan pidato pada sebelah siangnya adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Dato' Seri Ir Mohamed Nizar Jamaludin.

Kemudian, pada sesi malamnya, terdapat beberapa ceramah yang diadakan di zon-zon tertentu.

Di Zon 1 iaitu sekitar Larut, ceramah akan disampaikan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu; Penolong Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Kamaruzaman Mohammad; AJK DPPP, Adram Musa; Salman Saleh, Ustaz Nazri Din serta beberapa Exco Pemuda PAS Perak.

Manakala di Zon 2, Sungai Siput pula, barisan penceramahnya terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad; Timbalan Ketua DPPP, Ustaz Azman Shapawi; Exco DPPP, Suhaizan Kaiat; Tengku Ahmad Al-Hiss serta Zairul Tambun selain beberapa Exco Pemuda PAS Perak.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi pula dijangka menyampaikan ceramah di Zon 3 yakni di Lumut bersama exconya yang lain iaitu, Ustaz Kamal Shaari, Ustaz Zawawi Hassan dan Ustaz Akmal As-Suri.

Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof bersama exconya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Ustaz Mohd Nur Amin, Aminudin Lawyer dan ahli parlimen Jerai, Ustaz Firdaus Jaafar di Zon 4 iaitu di Tanjung Malim selain beberapa exco pemuda PAS Perak.

Program ini adalah bertemakan pakaian hitam sebagai tanda era kegelapan pada sistem demokrasi di Perak.

0 ulasan: