PENYATUAN UMMAH: ISLAM SEBAGAI TONGGAK




Kenyataan Media (16 Julai 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh usaha dan keperihatinan untuk menyatukan ummah Melayu Islam sepertimana yang telah dititahkan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bersempena Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 yang bertajuk 'Islam dan Melayu: Modal Pengupayaan Umat' baru-baru ini.

DPPNPk bersetuju bahawa punca utama perpecahan umat Melayu Islam hari ini adalah kerana butanya orang melayu terhadap sejarah dan teladan bangsa. Peringatan Raja Dr nazrin akan sejarah melayu melaka adalah satu manifestasi semasa yang perlu diambil kira. Berpunca dari sikap tamak dan lupa diri para pemimpin malayu malayu yang akhirnya telah menjual bangsa dan negeri melayu sehingga berjaya ditembusi oleh pihak penjajah.

DPPN Pk amat yakin isu yang menjadi permasalahan ummah Melayu Islam di Perak hari ini oleh kerana titik pertemuan yang dilihat renggang kerana ummah Melayu Islam yang meninggalkan tuntutan Agama Islam yang sebenar. DPPN Pk terpanggil untuk berusaha bagi menyatukan ummah Melayu Islam atas nama Agama Islam itu sendiri kerana Islam adalah untuk semua. Lantaran itu DPPNPK merafak takzim atas saranan Tuanku Raja Dr nazrin untuk umat Islam kembali kepada jalan dan akar Islam yang sebenar sebagai asas penyatuan

DPPN Pk juga amat berkeyakinan tinggi bahawa pandangan dan juga titah Raja Dr Nazrin Shah tersebut akan menjadi satu kenyataan kelak bila mana ummah Melayu Islam kembali kepada fitrah Agama Islam sebenarnya. DPPN Pk mempertegaskan bahawa jika ummah Melayu Islam bersatu atas nama Agama Islam, akan ada titik pertemuan dan juga kesatuan kelak.

DPPN Pk mendapat kesempatan mengadap dan juga merafak sembah menjunjung kasih menyatakan sokongan terhadap permasalahan tersebut yang menjadi serius akibat kemelut yang telah berlaku di Perak ini. DPPN Pk menganggap perkenan mengadap Raja Dr. Nazrin Shah pada hari Selasa baru-baru ini, sebagai inisiatif proaktif bagi membincangkan isu tersebut.

DPPN Pk menzahirkan penghargaan di atas perkenan Raja Dr. Nazrin Shah untuk menerima mengadap DPPN Pk bagi menjelaskan suasana yang memerlukan satu usaha bersama untuk mengembalikan kesejahteraan dan keharmonian di negeri Perak ini.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

0 ulasan: