Munaqasyah Ucaptama KP : Suntik semangat Pemuda




Bukit Gantang, 19/07/09: Lujnah Penerangan dan Dakwah DPPN Perak telah menganjurkan program Munaqsyah Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat yang bertemakan “MEMPERSADA PERJUANGAN”.Program ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan peserta yang terdiri dari wakil DPPK seluruh negeri.

Majlis ini berlangsung di Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Bukit Gantang dimulakan dengan nyanyian lagu tema PAS dan disusuli ucapan Ketua Pemuda PAS Perak Ust. Zawawi Hasan.

hari Sabtu oleh pimpinan DPP Perak. Rentetan dari PC tersebut Saudara Salman Saleh NKP Perak dan Dr Raja Ahmad Al-Hiss Su DPP Perak menyampaikan taklimat yang penuh bersemangat untuk mengMajlis seterusnya dimeriahkan lagi dengan tayangan video sidang media pelancaran Pemuda Baju Hitam setiapgerakkan pemuda supaya hadir beramai-ramai ke Masjid Tinggi Bagan Serai bagi menuntut pembubaran DUN Perak seberapa segera.

Majlis kemudian membentangkan hala tuju DPP Perak yang disampaikan oleh TKP Perak Ust Nuri. Munaqasyah ucaptama Ketua Pemuda Pusat merupakan acara kemuncak di majlis tersebut yang disampaikan oleh Saudara Sabki Yusuf selaku Naib Ketua Pemuda PAS Pusat. Beliau turut melancarkan tabung kebajikan “PEMUDA DEKAT DI HATI “ dengan gimik pemotongan riben.

Respon yang diberikan oleh peserta amat memuaskan terutamanya menerusi sesi dialog di antara peserta dan pimpinan Dewan Pemuda.
Majlis di akhiri dengan taklimat Himpunan Mansuh ISA oleh Ust. Akmal Kamarudin selaku Ketua Penerangan DPP Perak

memperkasakan muslimat

Bagan serai, 18/7/09: Telah berlangsungnya program " Memperkasakan Muslimat " yang telah dianjurkan oleh dmpk bagan serai. Program tersebut dirasmikan oleh yb Ramli Tusin Adun Gunung Semanggol. Penyertaan yang menggalakkan dari muslimat khususnya muslimat bagan serai dengan kehadiran muslimat dari seluruh cawangan. Pengisian yg bertajuk "Muslimat dan Jihad" disampaikan oleh ust akmal kamarudin selaku ketua penerangan pemuda. Turut sama berkongsi maklumat ustazah Mizan ketua penerangan muslimat negeri.

Ceramah Perdana isu semasa isu mansuh ISA di Taiping dapat sambutan.



TAIPING, 16 July :- Sempena dengan Himpunan Mansuhkan ISA (GMI) yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos akan datang satu ceramah perdana isu semasa anjuran DPP Perak telah diadakan di Markaz Bukit Jana, Kamunting di sini.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ust. Akmal Kamarudin selaku ketua penerangan pemuda Pas Perak telah membariskan barisan penceramah yang terdiri daripada Naib Presiden PAS, YB. Salahuddin Ayub, Pimpinan Tertinggi PKR, YB. gobalakrisnen, Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. khalil Idham Lim, ADUN Pokok Assam, YB. Yee Seui Kai, dan Ketua Pemuda PAS Perak,Ust. Zawawi Hassan . Hadir sama ialah exco DPP Perak antaranya,sdr Salman Saleh,Dr Raja Ahmad Al-Hiss,Zairul,ust Faisal,ust Fatah,ust Idris dan lain-lain pimpinan yang turut serta sebagai tanda sokongan pemansuhan ISA

Ceramah tersebut telah mendapat perhatian dari penyokong Pakatan Rakyat pelbagai agama dan bangsa.

Pada kesempatan yang sama berlangsung majlis penyerahan sebanyak 92 borang ahli baru yang diserahkan kepada YB.Salahuddin Ayub.

PENYATUAN UMMAH: ISLAM SEBAGAI TONGGAK




Kenyataan Media (16 Julai 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyokong penuh usaha dan keperihatinan untuk menyatukan ummah Melayu Islam sepertimana yang telah dititahkan oleh Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bersempena Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 yang bertajuk 'Islam dan Melayu: Modal Pengupayaan Umat' baru-baru ini.

DPPNPk bersetuju bahawa punca utama perpecahan umat Melayu Islam hari ini adalah kerana butanya orang melayu terhadap sejarah dan teladan bangsa. Peringatan Raja Dr nazrin akan sejarah melayu melaka adalah satu manifestasi semasa yang perlu diambil kira. Berpunca dari sikap tamak dan lupa diri para pemimpin malayu malayu yang akhirnya telah menjual bangsa dan negeri melayu sehingga berjaya ditembusi oleh pihak penjajah.

DPPN Pk amat yakin isu yang menjadi permasalahan ummah Melayu Islam di Perak hari ini oleh kerana titik pertemuan yang dilihat renggang kerana ummah Melayu Islam yang meninggalkan tuntutan Agama Islam yang sebenar. DPPN Pk terpanggil untuk berusaha bagi menyatukan ummah Melayu Islam atas nama Agama Islam itu sendiri kerana Islam adalah untuk semua. Lantaran itu DPPNPK merafak takzim atas saranan Tuanku Raja Dr nazrin untuk umat Islam kembali kepada jalan dan akar Islam yang sebenar sebagai asas penyatuan

DPPN Pk juga amat berkeyakinan tinggi bahawa pandangan dan juga titah Raja Dr Nazrin Shah tersebut akan menjadi satu kenyataan kelak bila mana ummah Melayu Islam kembali kepada fitrah Agama Islam sebenarnya. DPPN Pk mempertegaskan bahawa jika ummah Melayu Islam bersatu atas nama Agama Islam, akan ada titik pertemuan dan juga kesatuan kelak.

DPPN Pk mendapat kesempatan mengadap dan juga merafak sembah menjunjung kasih menyatakan sokongan terhadap permasalahan tersebut yang menjadi serius akibat kemelut yang telah berlaku di Perak ini. DPPN Pk menganggap perkenan mengadap Raja Dr. Nazrin Shah pada hari Selasa baru-baru ini, sebagai inisiatif proaktif bagi membincangkan isu tersebut.

DPPN Pk menzahirkan penghargaan di atas perkenan Raja Dr. Nazrin Shah untuk menerima mengadap DPPN Pk bagi menjelaskan suasana yang memerlukan satu usaha bersama untuk mengembalikan kesejahteraan dan keharmonian di negeri Perak ini.


ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Pemuda PAS Perak jumpa Mufti



IPOH,10 Julai - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengadakan pertemuan di antara pimpinannya dengan Mufti Perak Tan Sri Dato’ Seri Harussani Zakaria bagi menjelaskan pendirian dan hasrat Pemuda PAS Perak berkenaan dengan isu-isu Islam yang berlaku dewasa ini.

Pertemuan yang berlangsung di pejabat Mufti hampir dua jam ini banyak menyentuh isu berkaitan permasalahan yang melanda ummah yang semakin meruncing.

Di akhir pertemuan itu Dewan Pemuda PAS Perak membawa hasrat majoriti rakyat yang inginkan kestabilan politik dan ekonomi di negeri ini kembali kukuh dan ampuh dengan menuntut agar dibubarkan DUN Perak seberapa segera.

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA PERINGKAT NEGERI PERAK


TEMPAT : BALAI ISLAM KG. TERSUSUN BUKIT JANA,KAMUNTING TAIPING(1KM DARI KEMTA ISA)

TARIKH : 16 JULAI 2009 / 23 REJAB 1430 (KHAMIS)
MASA : 9.00MLM

PENCERAMAH : YB SALAHUDDIN AYOB ( NAIB PRESIDEN PAS, MP KUBANG KRIAN )
YB GOBALAKRISHNAN ( AMT PKR,MP PADANG SERAI)
USTAZ ZAWAWI HASAN ( KETUA PEMUDA PAS PERAK)
YB YEE SIEW KAI ( PIMPINAN DAP,ADUN POKOK ASAM)
SERTA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT LAIN YANG SEDANG DIHUBUNGI.

BAJU RASMI HIMPUNAN MANSUH ISA SERTA PENGIKAT KEPALA AKAN DILANCARKAN OLEH DPP PERAK PADA MALAM TERSEBUT.

UNTUK TEMPAHAN GERAI SILA HUBUNGI MOHD YAAKOB 0125782767

KEHADIRAN ANDA SEBAGAI TANDA KEARAH PEMANSUHAN ISA.
BUKTIKAN KOMITMEN ANDA!

Salam perjuangan dari :
jentera penerangan pemuda PAS Perak

Pemuda Umno Perak enggan bertemu - DPP Perak


IPOH (3.7.09): Liqa' Fikri yang pertama bersama pimpinan Dewan Pemuda Pas yang baru telah berlangsung di Pejabat Pas Negeri Perak malam ini.

Kehadiran saf pimpinan DPP dari seluruh Perak memenuhi dewan mesyuarat.

Pimpinan Dewan Pemuda Pas yang baru telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan pertemuan dengan tiga pihak bagi membawa panji-panji dakwah bersesuaian dengan seruan Nabi, demikian menurut kata Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Ust M. Nuri.

Pertemuan yang disyurakan itu adalah bertujuan untuk mendapatkan penyelesaian berkenaan kerisis Perak yang berlarutan.

Tiga pihak yang dimaksudkan adalah Pergerakan Pemuda Umno Perak, Tan Sri Mufti Dr Harussani Zakaria dan Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah.

Pergerakan Pemuda Umno Perak setakat ini belum memberi respon manakala pertemuan bersama Mufti Perak yang sepatutnya berlangsung petang tadi telah diminta tangguh kesuatu masa yang lain oleh pihak Mufti Perak sendiri.

Suatu yang menarik adalah apabila pihak Raja Muda telah bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan meminta senarai biodata pimpinan DPP Perak seramai 8 orang sebelum menetapkan tarikh pertemuan tersebut.

Pelbagai program dan gerak kerja akan dilancarkan oleh pimpinan Pemuda dengan restu pimpinan Pas Negeri yang diketuai oleh Ust Abu Bakar Hussin sebagai Pesuruhjaya Pas Perak yang baru.

Syura didahulukan, Taqwa diutamakan - Pesuruhjaya Pas Perak


IPOH (3.7.09): Pesuruhjaya Pas Perak yang baru, Ust Abu Bakar Hussin telah diberi penghormatan untuk menyampaikan kuliah Liqa' Fikri Pemuda Pas Perak disamping menyerahkan watikah perlantikan kepada saf pimpinan Dewan Pemuda Pas yang baru.

Slogan 1 Malaysia yang diperkenal oleh Najib Razak hanya menjadikan Melayu sebagai boneka di negara ini. Oleh yang demikian, Pas Perak akan memperkenalkan slogan 'Syura (Mesyuarat) Didahulukan, Taqwa diutamakan', jelas Ust Abu Bakar kepada pimpinan Pemuda.

Kuliah yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Pas Perak itu merangkumi keperluan yang dilakukan oleh Pemuda di dalam amal-amal serta agenda di dalam dakwah.

Perwakilan Perak pakai baju hitam


Sekumpulan 17 orang perwakilan Dewan Pemuda PAS Perak menarik perhatian di muktamar dewan tersebut hari ini apabila mereka hadir berpakaian serba hitam bagi menuntut Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan.

Ada antara mereka yang turut memakai ikat kepala berwarna hitam yang bertulis 'Bubarkan DUN Perak'.

Kehadiran mereka turut menarik parhatian pengerusi tetap muktamar Dewan Pemuda PAS, Misbahul Munir Masduqi.

Beliau secara berseloroh berkata: "Mengapa sekuriti di majlis kali ini begitu longgar...macam mana boleh benarkan mereka yang pakai hitam masuk ke majlis ini..."

Selepas itu, barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS yang duduk di pentas turut memakai ikatan berwarna hitam di lengan masing-masing.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, timbalan ketua Pemuda PAS Perak, Salman Saleh mengajak rakyat Perak dan orang muda memakai baju hitam setiap hari Sabtu sehingga DUN Perak dibubarkan.

Menurutnya, satu perhimpunan kemuncak untuk mendesak pembubaran DUN Perak akan diadakan Ogos depan.

Perak dilanda kemelut politik apabila BN mengambil alih kuasa di negeri itu daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Ekoran itu, Perak mempunyai dua menteri besar - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pakatan) dan Datuk Seri Zambry Abd Kadir (BN)a.